Thursday, 27 December 2012

Gaya Hidup Sihat

GAYA HIDUP SIHAT merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita. Kepentingan Gaya Hidup Sihat. a) Memastikan tahap kesihatan yang baik Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya. Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol. b) Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan Seterusnya, gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat dijalankan dengan lancer. Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelut–kemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan bayi, vandalisme dan sebagainya. c) Mendisiplinkan masyarakat Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang. Kepentingan Gaya Hidup Sihat Yang Lain.. a)Rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat melahirkan sebuah negara yang maju. b)Mewujudkan keluarga yang dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial, dan psikologi secara optimum. c) Mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat. d) Mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja. Langkah- Langkah Ke Arah Gaya Hidup Sihat a) Makan Makanan Yang Seimbang Dan Berkhasiat b) Menjalinkan hubungan baik dengan keluarga, jiran dan rakan-rakan c) Mengambil rehat yang mencukupi d) Melakukan aktiviti fizikal e) Menjaga kebersihan Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat amat penting kepada semua lapisan masyarakat untuk menikmati tahap kesihatan yang baik serta optimum. Oleh itu, kita harus mempunyai kesedaran untuk menggiatkan lagi mutu penjagaan kesihatan.

Monday, 3 December 2012

5 makanan diet yang tidak sihat





Mungkin sebelum ini anda sudah merasakan bahawa telah mengamalkan diet yang sihat tetapi hasilnya masih tidak seperti yang diharapkan.  Masalah ini kemungkinan berpunca daripada makanan diet yang anda pilih. Ada sesetengah makanan diet yang sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan terhadap sistem tubuh anda malah ia mungkin hanya akan memberi lebih kemudaratan sahaja. Antaranya adalah..
 
Diet Soda- Walaupun diet soda mempunyai jumlah gula dan kalori yang kurang berbanding minuman soda yang lain, ia sepatutnya membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Tetapi hasil kajian terkini yang dilakukan, diet soda sebenarnya tidak membantu anda mengurangkan berat badan malah ia sebenarnya akan menyebabkan peningkatan terhadap berat anda.

 
Pemanis tiruan- Tidak kira samaada makanan atau minuman diet yang berada dipasaran, selagi ia masih menggunakan pemanis atau gula tiruan terhadap kandungan bahannya, ia tidak akan membantu diet anda. Ini kerana pemanis atau gula tiruan akan membuatkan anda berasa lebih cepat lapar berbanding gula yang asli.

 
Diet makanan yang diproses/makanan ringan- Ramai yang menyangkakan bahawa makanan diet yang beku daripada peti sejuk seolah-olah seperti pilihan yang baik ketika cuba untuk menurunkan berat badan, tetapi kebiasaannya makanan ini mengandungi kandungan natrium dan gula yang tinggi. Periksa label pemakanan pada makanan yang anda beli. Lihat senarai bahan yang digunakan dalam makanan keseluruhannya, dan bukannya bahan-bahan yang anda tidak tahu.

 
Yogurt berperisa- Yogurt sememangnya pilihan makanan diet yang terbaik sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan kerana kaya dengan kandungan protein dan kalsium. Tetapi perkara sebaliknya akan berlaku sekiranya anda memilih yogurt yang berperisa kerana ia mangandungi kandungan gula yang agak tinggi.

 
Cip kentang- Makanan ini juga biasanya menjadi pilihan utama terhadap sesiapa yang mengamalkan diet. Tetapi, kentang yang dibakar biasanya mengandungi kandungan sodium dan gula yang tinggi dan kandungan kalori nya pula akan berkurangan.

6 tips ringkas untuk melakukan senaman



Berasa seronok terhadap apa yang anda lakukan- Konsep senaman adalah untuk menggerakkan otot-otot tubuh anda daripada tidak melakukan apa-apa. Tidak semestinya anda perlu menghabiskan masa berjam-jam di gym untuk melakukan senaman. Ianya adalah terpulang kepada keselesaan dan masa yang bersesuaian dengan anda. Sekiranya anda lebih selesa untuk berjalan-jalan di kawasan taman dan merasakan ianya dapat membuatkan anda gembira, teruskan usaha tersebut.

Jadualkan senaman anda- Untuk anda melihat hasil daripada senaman yang telah dilakukan, ia perlu mengambil masa. Selain daripada itu, konsistensi amatlah penting untuk mendapatkan hasil yang anda idamkan. Sekiranya anda bersenam hanya mengikut apabila anda merasakan ingin bersenam, ianya pasti tidak akan berhasil kerana untuk melihat hasil daripada senaman perlukan usaha yang konsisten dan berterusan. Walaupun anda telah mendapatkan objektif sebenar anda melakukan senaman, ianya perlu diteruskan untuk anda memelihara berat, susuk tubuh, tenaga dan sebagainya. Jika tidak, pasti apa yang anda telah usahakan akan kembali kepada keadaan asal.

Kepelbagaian- Adalah normal kepada seseorang untuk berasa bosan sekiranya melakukan sesuatu berulang-ulang kali. Anda tidak perlu takut untuk mempelbagaikan jenis senaman yang anda rasa seronok untuk melakukannya. Mungkin sebelum ini anda bersenam dengan berjalan dan apabila anda sudah berasa bosan, mungkin anda boleh mempelbagaikannya dengan mengayuh basikal atau sebagainya.

Mulakan senaman dengan pemanasan badan- Pasti ramai yang tidak merasakan pentingnya untuk anda memanaskan badan sebelum melakukan senaman. Otot-otot anda perlu diregangkan terlebih dahulu sebelum ianya ditugaskan untuk melakukan sesuatu yang lebih berat. Ini adalah untuk mencegah daripada kerosakan rangkaian otot dan membantu darah untuk mengalir dengan baik ke seluruh bahagian tubuh. Sekiranya darah tidak dapat dialirkan dengan baik, berkemungkinan anda akan pengsan, sesak nafas atau sebagainya. 5 minit sudah memadai untuk anda memanaskan badan.

Lakukan senaman dengan cara bersukan- Bersukan adalah cara yang paling menyeronokkan untuk anda melakukan senaman kerana ia dapat mengelakkan anda daripada berasa bosan keseorangan. Dengan bersukan, anda boleh menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Sebagai contoh, bersukan seperti bermain bola sepak adalah waktu terbaik untuk anda mengeratkan silaturrahim disamping dapat membantu untuk menyihatkan tubuh badan.

Bersukan dapat memberikan anda lebihan tenaga- Tidak dinafikan sekiranya anda baru sahaja bermula untuk melakukan senaman, pasti tubuh anda akan berasa lebih penat berbanding sebelumnya. Ini adalah kerana perubahan terhadap rutin yang biasa dilakukan oleh otot. Tetapi, sekiranya ianya dilakukan secara berterusan, pasti anda dapat melihat hasilnya bahawa ia akan memberikan lebihan tenaga kepada anda. Anda akan lebih semangat untuk melakukan aktiviti harian anda yang lain dan ianya bukannya untuk lebih memenatkan anda.

5 kesalahan senaman yang sering dilakukan



Bersenam dengan perut kosong- Apabila anda bersenam dengan perut kosong, ianya agak mustahil untuk tubuh anda membakar lemak dengan baik. Ini adalah kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Sekiranya ia tidak didapati, otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, dan akan menyebabkan kerosakan pada otot  dan bukan untuk membinanya.

Tidak melakukan pemanasan badan- Ramai yang tidak memberi sepenuh perhatian terhadap perkara ini. Sedangkan pemanasan badan adalah perkara yang amat penting untuk mengelakkan kecederaan terhadap otot-otot anda. Peruntukkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk memanaskan badan sebelum anda melakukan apa-apa senaman.

Tidak dilakukan secara konsisten- Untuk mendapatkan sesuatu hasil daripada senaman yang dilakukan, ia perlu dilakukan dengan konsisten. Ramai yang menganggap senaman boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja, sedangkan ia memerlukan penjadualan yang khas untuk anda melakukannya.

Tidak menjaga pemakanan- Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa apabila anda sudah melakukan senaman, anda bebas untuk memakan apa sahaja. Ia sememangnya tidak benar. Penjagaan pemakanan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh anda.

Tidak dilakukan secara berperingkat- Senaman adalah merupakan suatu proses. Anda tidak boleh secara tiba-tiba mengerah otot anda daripada melakukan suatu yang diluar kemampuan. Lakukannya secara berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.

Wednesday, 21 November 2012

Memanaskan Badan Dan Menyejukkan Badan

MEMANAS DAN MENYEJUKKAN BADAN DALAM SENAMAN

MEMANAS DAN MENYEJUKKAN BADAN DALAM SENAMAN

Memanaskan badan

Elemen ini penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal. Ia bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekali gus mengelakkan daripada kecederaan.

Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan.

Ia berbeza dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas memanaskan badan.

Apabila memanaskan badan, kita sebenarnya memanas atau meningkatkan suhu badan dan otot. Ia juga meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan; meningkatkan pengedaran nutrien dan oksigen ke otot; menyediakan badan untuk kegiatan fizikal dan memudahkan pembakaran lemak (kalori).

Lakukan aktiviti ini kira-kira lima ke 10 minit dan diikuti regangan badan.


Menyejukkan badan

Cara terbaik untuk memberhentikan kereta atau basikal bukanlah dengan melanggar tembok atau berhenti mengejut! Begitu juga dengan aktiviti menyejuk atau merehatkan badan. Perlahankan pergerakan fizikal yang dilakukan selama kira-kira 5-10 minit sebelum berhenti melakukan aktiviti berkenaan. Jika anda berlari, perlahankan larian dan diakhiri dengan berjalan.

Proses menyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik dan regangan badan. Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung dan pernafasan ke paras normal, mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot, mengelakkan rasa pening dan merehatkan otot.

Jenis-jenis Senaman
• Senamrobik
• Ia menguatkan ketahanan fizikal dan jantung.
• Mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot besar boleh menambah keperluan oksigen di dalam badan.
• Ini melatih jantung, paru-paru dan otot-otot untuk menjadi lebih cergas.
• Kalestenik
• Ia memperbaiki kelembutan atau kelenturan sendi dan otot.
• Ia melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk aktiviti senamrobik.
• Ia membantu mengelakkan dari pening dan sakit-sakit otot selepas senamrobik. Contohnya: regangan dan tai-chi.

AKTIVITI MEMANASKAN BADAN

Bahagian Kepala

Pergerakan hyperextension
o Pergerakan yang dilakukan dengan mendongakkan kepala ke atas dan
jari-jari tangan menyokong di bahagian mandible
o Pergerakan ini melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot trapiziuz
o Sendi yang terlibat ialah sendi synovial ( sendi paksi/ putar )
o Tulang yang terlibat ialah skull/cranium


Pergerakan flexsion
o Pergerakan yang dilakukan dengan menundukkan kepala ke bawah dengan tangan menekan kepala dari atas
o Pergerakan ini juga melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot trapiziuz
o Sendi yang terlibat di bahagian ini ialah sendi synovial (sendi paksi/ putar)
o Tulang yang terlibat ialah tulang di bahagian skull/cranium


Pergerakan rotation
o Pergerakan yang dilakukan dimana kepala dipusingkan ke bahagian kiri dan kanan dengan tangan sedikit menolak di bahagian maxilla
o Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot sternocleidomastoid dan otot masseter
o Pergerakan ini melibatkan sendi synovial ( sendi paksi/ putar )
o Tulang yang terlibat ialah tulang maxilla dan mandible

Pergerakan circumduction

o Pergerakan yang dilakukan dengan memusingkan kepala dengan menggunakan sendi putar/paksi
o Melibatkan otot trapiziuz dan sternocleidomastoid

Bahagian Tangan Dan Bahu

Pergelangan tangan digerakkan ke atas dan ke bawah
o Pergerakan ini adalah seperti pergerakan extension dan flexsion
o Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini adalah sendi kandiloid
o Pergerakan ini melibatkan tulang carpus dan metacarpus

Pergerakan lengan ke arah dada


o Bahagian tulang humerus dirapatkan ke bahagian dada
o Sendi yang terlibat ialah sendi lesung
o Pergerakan ini melibatkan otot deltoid

Pergerakan membengkokkan lengan di belakang cranium

o Melibatkan tulang humerus, radius dan ulna
o Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot triceps. Pergerakan ini akan menyebabkan otot triceps mengendur
o Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini ialah sendi di bahagian bahu iaitu sendi lesung


Dua tangan diregangkan ke atas
o Pergerakan ini dilakukan dengan meregangkan kedua-dua belah tangan ke atas dan kaki melakukan aktiviti seperti palantar fleksi
o Sendi yang terlibat adlah sendi di bahagian bahu dan ankle iaitu sendi synovial
o Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang humerus, radius, ulna, rib, scapula dan tulang di bahagian tarsus
o Pergerakan ini melibatkan otot trapiziuz, latisimus dorsi, dan serratus enterior
Bahagian Pinggang

Pergerakan flexion
o Membengkokkan pinggang ke hadapan ( pergerakan flexsion )
o Melibatkan otot rektus ebdominis
o Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang vertebra

Pergerakan hyperextension

o Pergerakan ini melibatkan otot rektus abdominis manakala tulang yang terlibat ialah tulang vertebra dan rib

Pergerakan ke kiri dan ke kanan

o Melibatkan otot latisimus dorsi dan serratus enterior
o Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang rib,scapula

Bahagian Kaki
Otot kuadrisep (bahagian depan paha)

- Berdiri tegak. Bengkokkan satu lutut dan berdiri pada sebelah kaki. Bawa kaki yang dibengkokkan ke belakang sehingga mencecah punggung. Tukar kaki dan ulang. Jika anda sukar mengseimbangkan badan, regangan ini boleh dilakukan sambil berbaring pada bahagian sisi.

Otot hamstring (belakang paha/pelipat lutut)

Duduk dan lunjurkan kaki (bentuk V). Lipat sebelah kaki ke bahagian paha kaki bersebelahan. Bengkokkan badan dan cuba sentuh ibu jari kaki yang diluruskan. Tukar kaki dan ulang. Jangan bimbang jika tidak dapat menyentuh ibu jari kaki; bengkokkan badan sejauh yang boleh dan pastikan anda tidak berasa sakit ketika melakukannya.

Otot betis

Berdiri kira-kira 0.75 meter (2 kaki) di hadapan dinding. Alihkan sebelah kaki ke belakang dan bawa badan rapat ke dinding hingga anda merasakan regangan pada bahagian belakang betis. Regangan ini perlu dilakukan dengan kaki yang di belakang berada dalam keadaan lurus dan kemudiannya, dibengkokkan. Tukar kaki dan ulang.

Pergerakan plantar fleksi

o Pergerakan ini melibatkan tulang di bahagian kaki dan menggunakan sendi melunsur iaitu di bahagian tarsus

Pergerakan dorsi fleksi
o pergerakan ini merupakan pergerakan yang berlawanan dengan pergerakan plantar fleksi
o bahagian tulang dan sendi yang terlibat adalah sama dengan pergerakan plantar fleksi

Pergerakan Inversi
o Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang pada bahagian kaki termasuk tarsus, metatarsus dan phalanges
o Pergerakan ini melibatkan sendi di bahagian ankle

Pergerakan eversi
o Pergerakan ini merupakan pergerakan yang berlawanan dengan pergerakan inverse
o Tulang dan sendi yang terlibat adalah sama denga pergerakan invrsi

Cara Membansuh Tangan

http://3.bp.blogspot.com/-wC4WJkh7g0s/T63e-3-9r_I/AAAAAAAAAHo/A4fS2RyVspY/s1600/teknik-mencuci-tangan.jpg

Cara Menjaga Kebersihan Diri

      Cara rawatan rambut dan kepala
Bersihkan rambut dengan shampo secara rutin (minima 2 kali seminggu)
Potong dan sisir rambut agar terlihat rapi.
      Cara menjaga kebersihan muka dan mata.
Cuci muka minimal 3 kali sehari
Bersihkan kawasan mata dari arah luar ke dalam (bersihkan kotoran mata yang terdapat pada sudut kelopak mata)
      Cara menjaga kebersihan telinga dan hidung
Bersihkan hidung dan telinga secara rutin ( 1- 2 minggu sekali) lakukan dengan hati-hati menggunakan alat yang bersih.
      Cara menjaga kebersihan gigi dan mulut
Gosok gigi setiap selesai makan dan sebelum tidur dengan cara yang betul.
Elakkan daripada makanan atau minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
Elakkan makanan yang masam terlalu kerap.
Banyak mengambil makanan yang bergizi.
Berjumpa doktor gigi secara rutin.
      Cara menjaga kebersihan badan
Mandi menggunakan sabun mandi secara rutin minima 2 kali sehari.
Gunakan pakaian yang bersih dan kemas.
      Cara menjaga kebersihan tangan dan kaki
Bersihkan tangan dan kaki sehari minima 2 kali sehari atau apabila kotor.
Potong kuku 1 kali seminggu. (gunakan pemotong kuku dan setelah dipotong hujung kuku dihaluskan atau dikikir)
Gunakan kasut atau alas kaki yang lembut dan selesa.

Thursday, 25 October 2012

Pemakanan Seimbang


 

Pengenalan

-Pemakanan seimbang bermaksud pengambilan makanan yang harus diambil oleh kita bagi memastikan tubuh badan seseorang itu sentiasa berfungsi dengan normal dan sihat.

-Gambar piramid makanan di sebelah menunjukkan sukatan makanan yang harus diambil oleh seseorang individu.

-Kita mestilah banyak mengambil makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan,protein serta bijirin dalam kuantiti yang banyak berbanding makanan yang mengandungi lemak dan berminyak.

Kepentingan pemakanan yang seimbang

Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :
i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Kumpulan makanan

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu :
-1.makanan yang memberi tenaga.
-Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi iaitu makanan ruji bagi majoriti rakyat negara ini-
-Tetapi makanan lain yang menghasilkan tenaga juga boleh didapati dari  jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain.
-Bukan itu sahaja makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu juga turut boleh memberikan tenaga kepada kita.
Roti merupakan salah satu makanan yang dapat memberikan tenaga kepada manusia.

-2 .Menjauhi dari penyakit.
- Makanan juga mestilah berfungsi mampu mencegah tubuh badan kita daripada sebarang penyakit.
-Pengambilan makanan yang meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak dapat mebekalkan nutrien yang baik seperti vitamin,mineral,serat dan banyak lagi kelebihannya.
- Dengan pengambilan makanan yang sistematik dan seimbang mengikut piramid makanan akan menghindari dari pelbagai penyakit akibat dari diet yang salah dan akan menjamin kesihatan yang optima.
Badan memerlukan sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak bagi menjauhhi kita dari sebarang penyakit.

-3.membina sel-sel dan tisu tubuh.
-Protein merupakan makanan yang dapat membina badan.
-Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita.
-Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu.
-Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot.
-Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

Tuesday, 16 October 2012

Pengenalan PJK

Di alaf baru ini, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Malaysia masih lagi tidak diberi status yang sewajarnya seperti pengikktirafan yang telah dibuat di Negara-negara barat dan Megara-negara Asia lain. Di Amerika, badan badan professional seperti Akademi Pediatriks, Persatuan Perubatan Amerika, Persatuan Pendidikan Nasional, Persatuan Kebangsaan Guru-guru Besar Sekolah Rendah dan Badan Bersekutu Untuk Kesihatan,Pendidikan Jasmani,Rekreasi dan Tarian (AAHPERD) telah mengesahkan Resolusi 97 Kongres Amerika (1987) yang menggalakkan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan serta agensi-agensi pendidikan tempatan untuk mengadakan program Pendidikan Jasmani harian yang berkualiti untuk semua kanak-kanak di sekolah rendah. Adakah perkara seperti ini berlaku di Negara Malaysia yang kita cintai ini? Justeru kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah seharusnya member penekanan kepada pembangunan golongan kanak-kanak tanpa mengetepikan kanak-kanak yang kurang mahir dalam aktiviti sukan. Sekolah seharusnya mengajar kanak-kanak tentang senaman dan pembangunannya serta pengekalan pelaziman senaman seumur hidup. Ini diselaraskan dengan pendapat Barrow (1971) yang meletak Pendidikan Jasmani dalam konteks “pengalaman pendidikan keseluruhan” (the total education experience) yang menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan keseluruhan dan berkaitan dengan hal dalam keseluruhan kehidupan seseorang. APA ITU PENDIDIKAN JASMANI? Pettifor (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapid an berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan pembangunan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan, keyakinan untuk menjadi aktif, dan dapat mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal. Dalam perkataan lain, Pendidikan Jasmani membekalkan ruang untuk membentuk kanak-kanak yang mantap secara keseluruhanya yang mengambil kira aspek-aspek afektif, kognitif, dan psikomotor. Konsep menyeluruh ini adalah selari dengan pendapan Dauer (1995) yang berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang member sumbangan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalaman-pengalman pergerakan. Pendapat ini selaras dengan kenyataan Jabatan Pendidikan dan Sains, London Capel,200) bahawa Pendidikan Jasmani adalah suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk membangunkan pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahamannserta untuk menggalakkan kecekapan fizikal. Walau bagaimanapun focus tersebut adalah ke atas kanak-kanak dan pembangunan kecekapan fizikal, bukan ke atas aktiviti fizikal.