Thursday, 25 October 2012

Pemakanan Seimbang


 

Pengenalan

-Pemakanan seimbang bermaksud pengambilan makanan yang harus diambil oleh kita bagi memastikan tubuh badan seseorang itu sentiasa berfungsi dengan normal dan sihat.

-Gambar piramid makanan di sebelah menunjukkan sukatan makanan yang harus diambil oleh seseorang individu.

-Kita mestilah banyak mengambil makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan,protein serta bijirin dalam kuantiti yang banyak berbanding makanan yang mengandungi lemak dan berminyak.

Kepentingan pemakanan yang seimbang

Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :
i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Kumpulan makanan

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu :
-1.makanan yang memberi tenaga.
-Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi iaitu makanan ruji bagi majoriti rakyat negara ini-
-Tetapi makanan lain yang menghasilkan tenaga juga boleh didapati dari  jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain.
-Bukan itu sahaja makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu juga turut boleh memberikan tenaga kepada kita.
Roti merupakan salah satu makanan yang dapat memberikan tenaga kepada manusia.

-2 .Menjauhi dari penyakit.
- Makanan juga mestilah berfungsi mampu mencegah tubuh badan kita daripada sebarang penyakit.
-Pengambilan makanan yang meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak dapat mebekalkan nutrien yang baik seperti vitamin,mineral,serat dan banyak lagi kelebihannya.
- Dengan pengambilan makanan yang sistematik dan seimbang mengikut piramid makanan akan menghindari dari pelbagai penyakit akibat dari diet yang salah dan akan menjamin kesihatan yang optima.
Badan memerlukan sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak bagi menjauhhi kita dari sebarang penyakit.

-3.membina sel-sel dan tisu tubuh.
-Protein merupakan makanan yang dapat membina badan.
-Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita.
-Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu.
-Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot.
-Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

13 comments:

  1. Terima kasih kerana berkongsi ilmu dengan kita semua...berusaha lagi.

    ReplyDelete
  2. Teacher, nice la ur blog...

    ReplyDelete
  3. Vry detail sharing, "aku amat Memerlui keseimbangan jenis ini!"

    ReplyDelete
  4. terima kasih cikgu, saya berjanji akan memilih makanan dengan betul.

    ReplyDelete
  5. Pemakanan yang seimbang memang penting dalam kehidupan harian kita. Oleh itu, kita perlu pandai memilih makanan yang sesuai untuk menjaga kesihatan kita.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini. Kesihatan memang penting bagi semua orang... terutama golongan pemuda kini yang terdedah kepada banyak iklan KFC MCD PIZZA HUT...

    ReplyDelete
  7. maklumat ini sangat berfaedah untuk setiap murid.

    ReplyDelete