Monday, 3 December 2012

5 makanan diet yang tidak sihat





Mungkin sebelum ini anda sudah merasakan bahawa telah mengamalkan diet yang sihat tetapi hasilnya masih tidak seperti yang diharapkan.  Masalah ini kemungkinan berpunca daripada makanan diet yang anda pilih. Ada sesetengah makanan diet yang sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan terhadap sistem tubuh anda malah ia mungkin hanya akan memberi lebih kemudaratan sahaja. Antaranya adalah..
 
Diet Soda- Walaupun diet soda mempunyai jumlah gula dan kalori yang kurang berbanding minuman soda yang lain, ia sepatutnya membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Tetapi hasil kajian terkini yang dilakukan, diet soda sebenarnya tidak membantu anda mengurangkan berat badan malah ia sebenarnya akan menyebabkan peningkatan terhadap berat anda.

 
Pemanis tiruan- Tidak kira samaada makanan atau minuman diet yang berada dipasaran, selagi ia masih menggunakan pemanis atau gula tiruan terhadap kandungan bahannya, ia tidak akan membantu diet anda. Ini kerana pemanis atau gula tiruan akan membuatkan anda berasa lebih cepat lapar berbanding gula yang asli.

 
Diet makanan yang diproses/makanan ringan- Ramai yang menyangkakan bahawa makanan diet yang beku daripada peti sejuk seolah-olah seperti pilihan yang baik ketika cuba untuk menurunkan berat badan, tetapi kebiasaannya makanan ini mengandungi kandungan natrium dan gula yang tinggi. Periksa label pemakanan pada makanan yang anda beli. Lihat senarai bahan yang digunakan dalam makanan keseluruhannya, dan bukannya bahan-bahan yang anda tidak tahu.

 
Yogurt berperisa- Yogurt sememangnya pilihan makanan diet yang terbaik sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan kerana kaya dengan kandungan protein dan kalsium. Tetapi perkara sebaliknya akan berlaku sekiranya anda memilih yogurt yang berperisa kerana ia mangandungi kandungan gula yang agak tinggi.

 
Cip kentang- Makanan ini juga biasanya menjadi pilihan utama terhadap sesiapa yang mengamalkan diet. Tetapi, kentang yang dibakar biasanya mengandungi kandungan sodium dan gula yang tinggi dan kandungan kalori nya pula akan berkurangan.

11 comments:

  1. Saya tunjukkan blog anda kepada anak kecil saya kerana dia suka makan cip kentang. Dia nampak tidak puas hati tetapi cukup menambah pengetahuannya tentang makanan yang tidak baik. Terima kasih berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  2. Blog yang bagus dan menarik perhatian anak saya juga.

    ReplyDelete
  3. Blog cikgu amat memanfaatkan murid-murid kerana maklumat yang disediakan di sini dapat memberi ilmu dan pengajaran yang baik tentang kesihatan kepada mereka.

    ReplyDelete
  4. maklumat yang bernas dan manfaat untuk dikongsi bersama..
    nice blog n keep it up..^^

    ReplyDelete
  5. very resourceful
    thanks for shring healthy tips
    keep it up

    ReplyDelete
  6. Maklumat yang bagus dan manfaat kita semua.

    ReplyDelete
  7. Maklumat yang bagus dan manfaat kita semua.

    ReplyDelete