Badminton Skill



Sejarah Permainan Badminton

Permainan badminton berasal dari India dan diperkenalkan di England oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India. Melalui merekalah, permainan badminton diperkenalkan di Malaysia. Persekutuan Badminton Antarabangsa atau IBF yang bertanggungjawab menguruskan pertandingan badminton di peringkat antarabangsa pula ditubuhkan pada tahun 1934. Selaku Presiden IBF yang pertama, Sir George Thomas telah menghadiahkan sebuah piala sempena namanya untuk dijadikan Piala Pusingan. Piala Thomas ini telah dipertandingkan selama 3 tahun sekali dan Kejohanan Badminton Piala Thomas dikenali sebagai satu pertandingan badminton yang paling unggul di dunia, menyamai keunggulan Kejohana Tenis Wembledon

Negara kita Malaysia, telah menjuarai Piala Thomas ini beberapa kali. Kali pertama pasukan badminton negara memenangi Piala Thomas ialah pada 1949. Kejayaan ini mula disusuli dengan beberapa lagi kejayaan iatu pada tahun 1952, 1955 dan 1967. Pada tahun 1992 pula pasukan badminton negara yang ditunjangi oleh Keluarga Sidek, sekali lagi berjaya menjulang Piala Thomas. Antara pemain badminton negara yang terkenal suatu ketika dahulu ialah Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang, Silvia Ng, Misbun Sidek, Razif Sidek, Jailani Sidek dan lain-lain. Persatuan Badminton Malaysia atau BAM telah ditubuhkan pada tahun 1912 iaitu di antara persatuan yang terawal ditubuhkan di dunia. Sekarang ini pasukan negara masih dianggap pasukan yang disegani sebaris dengan pasukan ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan Denmark.


Peraturan Permainan Badminton


Permainan badminton dibahagikan kepada dua jenis iaitu permainan perseorangan dan beregu. Permainan perseorangan dibahagikan kepad dua kategori iaitu perseorangan lelaki dan perseorangan wanita. Permainan beregu pula mempunyai tiga kategori iaitu beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran

Permainan badminton dimainkan dengan cara memukul bulu tangkis supaya sentiasa berada di udara. Para pemain akan berbalas-balas pukulan dan berusaha untuk mengelakkan bulu tangkis jatuh di dalam gelanggang masing-masing. Matlamat utama permainan ialah untuk mematikan bulu tangkis atau menjatuhkan bulu tangkis di gelanggang lawan. Jika pemain berjaya melakukan demikian, mata akan diperolehi dan servis kembali berjaya dirampas. Begitulah seterusnya permainan berlansung sehingga mata penamat dicapai.

Cara Memegang RAKET


MEMEGANG raket mengikut cara yang betul akan membolehkan anda membuat pukulan dengan mudah dan berkesan. Jika tidak, setiap pukulan yang dilakukan anda akan tersasar dari sasaran atau mungkin tidak mengenai bulu tangkis.

Cara memegang raket juga menentukan anda bermain mengikut corak bertahan atau menyerang. Apa yang lebih penting, apabila memegang raket anda harus merasai keberatan dan tahap ringannya. Jika terlalu ringan, anda akan dapat menghayun dengan daya yang sedikit manakala jika berat, anda mungkin terpaksa mengerah tenaga.

Cara memegang raket terbahagi kepada dua kaedah iaitu cengkaman biasa dan cengkaman kilas.


Cengkaman biasa
Cara ini agak mudah. Ibaratkan anda hendak bersalaman dengan seseorang. Ibu jari anda harus menekan pemegang raket dan jari-jari anda mencengkam pemegang raket.

Cengkaman kilas
Tidak mempunyai banyak perbezaan seperti cengkaman biasa. Pada cengkaman ini, lazimnya kedudukan ibu jari anda harus diluruskan untuk memberi tekanan kepada raket ketika anda hendak membuat pukulan.

Terdapat beberapa perkara penting harus diberi perhatian oleh anda ketika mempelajari kaedah betul memegang raket:-
i)membalut pemegang raket dengan pembalut yang bersesuaian dengan citarasa anda bagi mengelakkan kesukaran untuk mencengkam atau membuat pukulan.
ii)bentuk cengkaman amat penting, sama ada kuat ataupun longgar bergantung kepada tahap pukulan anda. Jika tidak berhati-hati, adakalanya raket boleh terlucut dari cengkaman jari anda.
iii)cara memegang raket dengan menggunakan keseluruhan pemegang raket dari pangkal hingga hujung pemegang juga penting untuk menentukan bentuk pukulan yang hendak dibuat.
iv)keberatan raket yang sesuai membolehkan anda menggunakan pergelangan tangan anda untuk mempelbagaikan jenis pukulan. Ia dapat dilakukan jika anda menggerakkan cengkaman anda keseluruhan pemegang raket dengan mudah.




Teknik Permainan Badminton

1. Kemahiran memegang raket
Terdapat dua teknik memegang raket iaitu teknik pegang depan dan pegang kilas. Teknik pegang depan ialah menggenggam raket dengan keempat-empat jari, manakala ibu jari hanya diletakkan pada bahagian pemegang raket yang rata.

2. Kemahiran servis
Kemahiran servis digunakan untuk memulakan permainan. Terdapat beberapa jenis kemahiran servis. Antaranya ialah servis tinggi, servis rendah dan servis kilas.

a. Servis Tinggi
 Servis tinggi yang baik adalah apabila bulu tangkis jatuh hampir ke garisan belakang gelanggang pihak lawan.

Ø Berdiri dalam petak servis

Ø Pegang raket dengan teknik pegang depan

Ø Berat badan di kaki belakang

Ø Sebelah tangan memegang bulu tangkis paras pinggang

Ø Ayun tangan ke hadapan sambil lepaskan bulu tangkis

Ø Kontak bulu tangkis di bahagian muka raket

Ø Pindahkan berat badan ke kaki hadapan

b. Servis Rendah
 Servis rendah selalu digunakan dalam permainan beregu. Pergerakan bulu tangkis yang rendah dan hampir terkena jarring menyukarkan pihak lawan untuk melakukan serangan.

Ø Berdiri di dalam petak servis

Ø Pegang raket dengan teknik pegang depan

Ø Pegang bulu tangkis separas pinggang

Ø Ayun raket ke belakang sambil siku fleksi

Ø Mata ke arah bulu tangkis

Ø Kunci pergelangan tangan

Ø Bulu tangkis dilepaskan ke bawah sedikit dari paras pinggang

Ø Kontak bulu tangkis pada tengah raket

c. Servis Kilas

Servis kilas digunakan dalm permainan beregu dan juga perseorangan

Ø Berdiri dalam petak servis

Ø Pegang raket mengikut teknik pegang kilas

Ø Bulu tangkis dipegang separas pinggang dan hampir ke bahagian muka raket

Ø Berat badan berada di kaki hadapan

Ø Lakukan pukulan dengan pergerakan kilasan pergelangan tangan

3. Kemahiran Pukulan

a. Pukulan Hadapan

Pukulan hadapan digunakan untuk menyerang pihak lawan. Pukulan bulu tangkis laju dan deras.

Ø Pegang raket mengikut teknik pegang depan

Ø Bawa raket ke belakang dengan siku refleksi

Ø Pergerakan pergelangan tangan dikunci

Ø Ayun raket ke hadapan dengan kontak bulu tangkis separas dengan ketinggian jarring

b. Pukulan Kilas

Pukulan kilas digunakan untuk bertahan. Kadang-kadang digunakan untuk mematikan bulu tangkis melalui smesy kilas

Ø Pada kedudukan sedia

Ø Pegang raket mengikut teknik pegang kilas

Ø Kilas pinggang sambil siku fleksi menyilang dada

Ø Ayun raket ke hadapan dan dan kontak bulu tangkis pada paras bahu

c. Pukulan Lob

Pukulan lob digunakan untuk bertahan serta menyukarkan pihak lawan melakukan serangan. Pukulan ini dapat memberi masa dan kesempatan pemain kembali ke posisi bersedia

Ø Pada kedudukan sedia

Ø Pegang raket dengan teknikpegang depan

Ø Bawa raket ke belakang atas kepala. Siku fleksi sambil kepala didongakkan

Ø Bawa raket ke hadapan atas kepala dengan siku fleksi

Ø Kontak bulu tangkis semasa ia berada di atas kepala

4. Kemahiran Smesy

Smesy adalah pukulan junam dengan tujuan mematikan permainan pihak lawan. Lompatan dilakukan untuk menambah daya bagi menghasilkan kelajuan bulu tangkis. Teknik melakukan smesy ialah:

Ø Pada kedudukan sedia

Ø Pegang raket mengikut teknik pegang depan

Ø Raket diayunkan ke belakang kepala, siku fleksi

Ø Kedudukan badan di belakang bulu tangkis

Ø Kontak bulu tangkis semasa bulu tangkis berada di atas depan kepala, setinggi yang boleh dicapai.

5. Kemahiran Gerak Kaki

Pemain berada di posisi untuk melakukan pukulan balas. Kebanyakan gerak kaki adalah terarah ke sisi atau bergerak ke hadapan ataupun ke belakang dengan langkah-langkah yang berbeza.

Asas pergerakan kaki

a. Gerak kaki ke belakang

Ø Kaki kanan bergerak atau undur dahulu ke belakang

Ø Diikuti dengan kaki kiri. Kedua-dua kaki fleksi

Ø Kaki kanan bergerak selangkah ke belakang dan lakukakan pukulan

b. Bergerak ke hadapan

Ø Gerak kaki ke hadapan

Ø Kaki kanan bergerak ke hadapan

Ø Kedua-dua kaki fleksi. Kaki kanan bergerak menjangkau jauh ke sisi kanan

Ø Diikuti kaki kiri dengan langkah yang pendek

Ø Kaki kanan fleksi dan kaki kiri hampir lurus

Ø Selepas melakukan pukulan, undur semula pada kedudukan sedia

c. Bergerak ke sisi

Ø Bergerak ke kanan fleksi, kaki kiri ekstensi.

Ø Lakukan pukulan dan balik semula pada kedudukan sedia.



No comments:

Post a Comment