Ping Pong Skills



PERATURAN PING PONG KARISMA 2012



 PERALATAN
 
1.  Bola

1.1 Bola mestilah berwarna putih, oren dan kuning untuk permainan.
  
2.  Bet

2.1 Boleh berada dalam sebarang saiz, bentuk atau berat.

2.2 Bet mestilah bergetah pada satu permukaan atau kedua-dua permukaan.

2.3 Permukaan bet yang tidak bergetah mestilah dicelup dengan warna hitam
merah. Warna getah di kedua-dua muka bet mestilah berlainan. Jika  getah digunakan, muka di sebaliknya hendaklah digunakan getah warna hitam

2.4 Permukaan bet yang tidak bergetah tidak boleh digunakan untuk
memukul bola.

2.5 Bet yang dilekatkan dengan lapisan span sahaja tidak boleh digunakan.




3.  Pakaian

3.1 Pemain hendaklah memakai kasut sukan ketika bermain.

3.2 Pemain dikehendaki memakai pakaian yang bersesuain dengan

permainan dan yang menutup aurat.


4.  Pemilikan satu mata

4.1 Jika gagal membuat serve yang baik (seperti bola jatuh ketika mahu      membuat serve)

4.2 Jika gagal membuat hantaran balik yang baik.

4.3 Jika memukul bola itu dua kali berturut-turut .

4.4 Jika pemain, atau apa-apa yang dipakai atau dibawa, menggerakkan

permukaan meja semasa bola itu dalam permainan .

4.5 Jika pemain, atau apa-apa yang dipakainya atau dibawanya, menyentuh

jaring atau tiangnya apabila bola itu dalam permainan.

4.6 Jika tangan bebasnya menyentuhi permukaan permainan semasa bola itu

dalam permainan.

4.7 Jika pemain gagal menghantar bola ke petak yang sepatutnya ketika permulaan serve (regu).


PERATURAN
  
    Pemain dikehendaki berada di tempat perlawanan awal 5 minit sebelum

perlawanan bermula.

    Dilarang bertukar pemain semasa perlawanan diadakan.
    Dilarang menukar bet ping pong ketika bermain.
    Dilarang bertukar pemain selagi perlawanan tidak selesai.




CARA PERMAINAN


    Setiap perlawanan, akan diputuskan dengan 3 kemenangan daripada 5

permainan.

2. Permainan sehingga 11 mata sahaja.

3. Seseorang pemain akan dibenarkan mengambil satu kali ‘time out’ selama

1 minit dalam satu perlawanan.

4. Satu minit rehat akan dibenarkan di antara 2 permainan.


BANTAHAN


1. Bantahan boleh dibuat selepas perlawanan dalam tempoh 1 jam melalui ketua hakim dan dikenakan bayaran JD30.

2. Keputusan pengadil adalah muktamad.

No comments:

Post a Comment